Ok, it's 4.30 in the morning, I haven't slept yet and it's way past my bedtime, Ili, the friend me and Tash was hanging out with just went home, so here I am, eyes still wide open (no happy thingy today so it's pure adrenaline), brains running with scattered random thoughts, and with no prospect of dozing off to la-la land anytime soon, I might as well purge some of the noise from my brain right here.
Among other things, we were talking about racism and dealing with prejudice or discrimination. I've been here for almost 4 years, and though racism is still ingrained in some people in this part of the world, it is not widely displayed, at least not so from my own personal experience. With the exception of this one incident in which I have been at the receiving end of a full-blown verbal assault fueled by racism, but that is another story for another day.
Having been used to being a part of the majority Malay in Malaysia my whole life, to go and live someplace where I am in the minority group for a change, it does open my eyes to a whole new perspective. I've heard stories of Turks who are born and raised here in Germany but still feeling as if they are not allowed to be Germans. Maybe that's the same thing that Malaysian Chinese and Indian feel when they have to tick Cina and India in the race box when filling in forms.
Anyways, that's not the story for tonight. Ni nak cerita pasal kisah seorang cleaner Bangla (I wonder, is Bangla a derogatory remark to them?) time praktikal kat Malaysia tahun lepas.
Alkisahnya ada la seorang Bangla ni, kerja dia setiap pagi kena mop lantai kat bangunan Phileo Damansara 1. Biasala, sebagai seorang budak praktikal yang berhemah, mestila kena datang awal, datang time Bangla tu baru mula kerja kan. (Sebab datang awal tu sebenarnya sebab nak breakfast roti nan tandoori kat kedai macha yang awesome tu.)
Bangla ni muda lagi, tapi muka sedih ja, memang muka kesian la, aku pulak jenis cepat kesian (adus), jadi lagila bertambah-tambah kesian. Orang-orang kat Phileo ni pulak, bajet golongan korporat la kan, dekat Bangla ni nak pandang sebelah mata pon jangan harap, boleh si Bangla kasihan ni mop tak sempat nak lap lagi, tanpa rasa bersalah dia lalu selamba ja pijak lantai tu, habis kotorkan balik lantai dengan tapak kasut polo cap tiruan dia tu, Bangla kasihan tu nak kena mop balik..
Selalu aku nampak benda yang sama terjadi, dan bila situasi ni terjadi, lagi-lagi bertambah kasihan la muka Bangla kasihan ni, dan juga berkadar langsung dengan tahap kasihan aku kat dia...dia teringat kampung dia ka? Dia mesti tak sabar nak balik Bangladesh kan sebab kat sana orang tak dak nak treat dia macam Bangla...macam-macam la aku fikir.
So I thought the least I can do is to make an effort not to stomp on his ongoing work by making a detour which is longer from the normal route by about 6 steps at most. Bukan susah pon kan. Bila Bangla ni tengok aku, aku pon offer la dia senyuman sedikit, senyuman kan sedekah.
Tetapi aksi aku pada hari tersebut, yang sememangnya innocent dan tiada muslihat tersembunyi itu, nampaknya telah disalah fahami. Keesokan harinya, macam biasa la, aku nampak Bangla tu tengah mop. Dia nampak aku, dari jauh dia dah senyum. Ehhh. Sat. Pusing belakang. Takdak orang. So he must be smiling at me la? Me? Err. Ehehe (gelak kambing). Aku pon senyum la balik. Sedikit terpaksa senyuman tu.
Kalau nak naik pejabat aku, memang kena lalu laluan yang dia mop tu, kena pulak aku punya office tingkat 4, jadi kena tunggu lif turun plak dari tingkat 4 kat depan. Bangla tu mengambil kesempatan untuk memulakan small talk yang selalu dimulakan dengan, "sudah makan?" Oh mai. Lif dirasakan seperti bergerak dengan kepantasan kura-kura. "Siapa nama?" "Tinggal mana?" Bila aku jawab ada dekat-dekat sini, dia tanya plak dengan lebih spesifik jalan mana. Homai homai. Benda yang aku taknak jawab aku pon sengih-sengih awkward ja la. Bad move, bad move. Kalau jawab tak makan lagi, nanti dia ajak pergi makan. So sejak dari haritu aku akan jawab sudah makan ja.
Bermulalah episod hitam antara aku dengan Bangla tersebut. Ada satu hari tu, aku nampak tak dak orang tengah mop, tapi baldi beroda untuk isi mop tu ada kat tepi laluan, jadi Bangla tu mesti ada berdekatan, dan sebab tidak mahu mengambil risk, aku pon tak tunggu lif dan naik ja tangga sampai tingkat 4 beb. Sampai ja floor pejabat aku, fuhh, kepenatang, tapi lega, sebab tak terserempak dengan Bangla tu. Bukak pintu kecemasan nak masuk laluan ke pejabat aku tu, homai. Terkejut sekejap. Ada Bangla tu! Dia tengah kosongkan bekas sampah tepi lif tingkat aku. Hadoyaii. Tersilap bajet.
Sekali tu, tunggu lif datang dari underground floor, nak ke tingkat 4, bila lif terbukak kat ground floor tu, ternampak Bangla tu, hmm, awkward sebentar, takkan nak buat-buat patah balik takmau naik lif tu, kantoi la takmo naik lif dengan dia, so aku pon naik ja. Lepas tanya "sudah makan?" dia tanya aku soalan the bomb, "sudah kahwin?" Tersedak sekejap aku. Aku jawab sudah! Dia tanya lagi, "sudah ada anak?" What the...
Bila cerita kat supervisor dia gelak-gelakkan ja. Sapa suruh cek senyum kat Bangla tu? katanya. Niat sedekah ja kot!
Bila teringat balik lawak plak. Moral of the story; buat baik berpada-pada.
Haa ok, dah mengantuk, dah boleh pi tidoq. Nite!