"Ihr seid Japanen warum tragt euch Kopftuch? Das geht nicht. (How come you Japanese are wearing hijab? That's weird.)"
"Errr weil wir Muslimen sind, und nein wir kommen nicht aus Japanen, sonst Malaysia. (errr because we are Muslims, and by the way we are from Malaysia not Japan.)"
"Echt??? (Really???) *muka tak percaya*"
Mungkin orang tu kurang sedikit pengetahuan am dia sebab ada ja orang Jepun yang Islam. Tapi ada pulak sekali tu kat FH, ada makcik ni, rasanya bukan student sebab dah tua, dan bukan juga makcik cleaner sebab dia pakai baju cantik. Tengah cuci tangan dekat sink bersebelahan, pastu dia buat statement macam ni sambil tersenyum-senyum kambing,
"Sie sehen nicht so muslimisch aus.. (You don't really look like a Muslim..)"
Dalam hati dah macam, erm, macam mana nak jawab ni, macam orang tu tengah accuse kita for being someone we are not. Kenala explain lagi sekali asal-usul dengan jawapan standard. Habis tu macam mana nak nampak macam lagi 'Islam'? Macam lawak pon ada soalan dia.
Pernah sekali, makcik Turki yang sungguh sweet ni (jarang woo kat sini nak jumpa makcik Turki yang muka tak ketat hahaha stress ja depa ni tak tau pasaipa) senyum-senyum pastu macam teragak-agak ja nak tegur tapi dia tegur jugak tanya dari mana. Pastu muka dia happy gila bila dengar kitorang ni Muslim and dari some country faraway named Malaysia.
Ada sekali dua orang male teenagers ni discuss kuat-kuat asal-usul kitorang ni, bajet kitorang tak faham la tu, pastu bila ditenung, barula buat muka serba-salah pastu tanya, "Chinesisch? (Zipat?)"
Mungkin orang masih kaitkan agama itu dengan bangsa sedangkan agama dengan bangsa itu tidak interdependent. Kiranya kena muka Arab baru Islam, kalau muka Asia ni kena agama Asia. Lol.
Sometimes I just find their oblivion pretty amusing.
Zaman dolu-dolu sampai sini, lagila selalu orang ingatkan orang Thailand. Sawadeekaap. Kopkhunkaap. Siap ada orang tegur konfiden ja dia bantai cakap Thai. Padan muka diri sendiri hihi.
Tadi ada makcik Turki tu, takdak apa-apa lagi terus bukak cerita, tapi dalam bahasa Turki, ternganga la sat, pastu bila cakap kita tak faham, dia sambung cakap dalam Turki sambil senyum-senyum pastu belah. Pastu ingat kita orang Islam duduk German kena faham Turki ka makcik? Dah la sah-sah hidung cenni bukan orang Turki. Le sigh.
Selalunya kalau travel tempat yang memang tourist spots, orang jual souvenir mesti 99% of the time, depa teka asal-usul betul. Siap boleh cakap Melayu lagi. Sikit-sikit la. Setakat 'murah', 'terima kasih', 'selamat datang', 'apa khabar', 'Kuala Lumpur'. Orait la tu.
Setakat ni semua negara Asia orang dah penah teka la : Vietnam, Thailand, Filipina, Jepun, Cina. Hmm Korea ja tak pernah kena teka lagi. Haha. Ha. Bajet.
Tapi dalam banyak-banyak, yang paling legend, adalah : Mongol. Out of nowhere! Keturunan Genghis Khan beb!
No comments:
Post a Comment