Cuba sebut 'Machu Picchu', emphasize dekat setiap 'ch' tu. Cuba sebut dia berulang-ulang kali, sebut kuat-kuat tau, bukan dalam hati ja.
Haa tak cuba la tu. Degil.
Machu Picchu, the city of the sky, high on the top of Andes. If I somehow won a competition that would allow me to choose one manmade ancient structure I would love to visit, I won't even need to think about it, Machu Picchu wins, hands down. The Pyramids of Giza comes quite close in the second place because I would love to walk along the very narrow path inside the pyramids, even though just the thought of it is enough to make me feel suffocated already. I might not be a chronic claustrophobic but I hate confined space.
Which reminds me of last summer, when I made my mom and two of my little cousins visit a coastal battery built by British in Penang, which is now turned into a memorial. I insisted that we visited during the night, because they have this experience package, in which the real war situation is emulated to give you the feel of what's really going on during wartime. Our tour guide was dressed in complete military uniform, and as we were walking along while he explained the purpose of each building, the sound of shootings and bombs went off all around us. The sound effect was wicked, it felt so real that my little baby cousin cried and insisted on going home. Ah forget it, even I was sweating a bit from the sound alone. So we were led through tunnels and secret passages towards safety using the actual route that was allegedly used back then.
Nak dijadikan cerita, selain kami berempat, ada lagi empat orang lain dalam group malam tu, di mana salah seorang abang tu agak montel la jugak. Abang montel, wherever you are, jangan marah ek. Just telling it as it is. So time nak masuk secret short-cut tunnel tu, kena la pulak abang montel tu masuk tunnel tu dulu sebelum aku. Tunnel ni pulak kena merangkak, pastu panjang la pulak kan. Time merangkak tu tengok depan nampak bontot abang tu ja penuh tunnel, serius rasa tak boleh bernafas, nak patah balik ada orang la pulak kat belakang. Faham tak time tu rasa begitu trapped, rasa oksigen tak cukup, rasa macam tarik nafas tak penuh paru-paru, rasa macam nak pitam. Nasib baik la sebelum sempat nak pengsan, dah sampai hujungnya. Ibu time tu tak masuk tunnel tu, sebab Ariessa takut, so ibu teman Ariessa guna jalan luar. Tapi lepas tu Ariessa dah cool down sikit, ibu pon join balik panjat tangga antik, masuk tunnel semua. You're one cool mom! All in all, it was a really cool experience. Berbaloi jugak la untuk RM25 seorang. Cuma yang tak best tu, ada part-part yang depa cuba nak mistikkan, macam pedang samurai Jepun yang kononnya berhantu (macam tipu ja sebab dia gantung tinggi gila, tak bagi orang tengok betul-betul lettew), ular-ular berbisa penunggu bangunan yang kononnya tak pernah keluar cari makanan pon tapi hidup ja (tapi cuak gila bila lalu sebelah bilik tu tengok macam-macam ular kat dalam bilik yang tak berjaring tu bebas berkeliaran, lagi takut dari hantu tau). Melayu oh Melayu. Tak perlu pon puaka-puaka untuk mengsensasikan keadaan, the facts and the buildings pon dah impressive enough.
Where was I again? Oh sebenarnya cerita tadi tu nak buktikan the point pasal jalan dalam piramid. Masuk tunnel tu pon dah macam nak pitam, inikan pulak nak jalan dalam Pyramid, lagila lama, tapi teringin jugak. Tak pitam kot. Rasa ja macam nak pitam, tapi suck it in and carry on ja la. Macam roller-coaster la, sebenarnya diri sendiri penakut gila, tapi bila dah duduk strapped in the seat, baca doa banyak-banyak pastu jerit ja la bila roller-coaster tu start jalan.
Berbalik kepada Machu Picchu. Itu termasuk dalam must-visit list. InshaAllah suatu hari nanti. Rasanya semua documentary yang ada pasal Machu Picchu yang available kat internet dah ditengok. Pastu bila tengok mesti bertambah excited nak pi. Awat orang Inca time tu bijak sangat ntah?
Teringat pernah bincang hal ni dengan Encik Fudye, dulu masa kegemilangan kerajaan Sultan Melaka, masa Selat Melaka jadi perantaraan pedangang Timur dan Barat, kenapa takdak tinggalan bangunan sehebat kaum Inca kat Tanah Melayu? Ini semua buat dari kayu, bila perang kena bakar habis hilang. Bila aku cek balik fakta, Machu Picchu dibina pada tahun 1438, kemuncak pemerintahan kerajaan Melaka adalah pada masa Sultan Mansur Shah, iaitu bermula dari tahun 1459. Kira dekat-dekat la tu. Maknanya teknologi dan kemahiran untuk bina bangunan macam tu dah ada la. Ah, kalau nak ikut teknologi, Colosseum dibina lagi awal. Pyramids of Giza lagi la awal.
Kenapa orang Melayu dulu tak boleh bina? Lembah Bujang dah ada, lagi lama. Kiranya teknologi dan kemahiran tu dah sampai kat semenanjung. Takdak bahan mentah? Tipu la. Tenaga kerja tak cukup? Hang Tuah sanggup terjun lubang tahi nak retrieve kuda Sultan, menunjukkan betapa rakyat zaman tu patuh taat pada Sultan. Takkan tak boleh kerah tenaga rakyat untuk bina bandar dari batu? Manusia mati meninggalkan nama, tapi selain nama, kalau tinggal benda yang lagi konkrit kan lagi legend tu.
Lepas fikir punya fikir, Encik Fudye punya jawapan ialah, sebab Melayu mudah selesa. Istana kayu orait apa. Cantik gak. Tahan beratus-ratus tahun. Nak susah-susah guna batu untuk tahan ribu-ribu tahun buat apa? Kalau pergi museum kat Melaka sekarang, kebanyakannya replika ja tinggal.
Tadi tengok documentary pasal Machu Picchu lagi dengan Tasha. Lagi sekali bincang pasal topik ni. Kita kat Malaysia ada A Famosa dengan Kellie's Castle. Tapi dua-dua tu dibina oleh orang luar. Ada la pulak kan bahan mentah dengan tenaga buruh nak buat bangunan macam tu.
Kat Machu Picchu, teres yang dia buat dari batu kat lereng bukit tu, teknik tu masih digunakan sekarang untuk kurangkan efek tanah runtuh. Berkesannya teknik kaum Inca tu, sampai sekarang top soil dia masih intact. Lepas tu, kat dalam bandar tu, memang complete ada sistem pengairan semua, kira setiap rumah ada bekalan air untuk minum, mandi, cuci baju semua. Kita dulu ada sungai, so buat apa nak susah-susah buat sistem pengairan kan?
Fuh. Semangat kau ek Jera. Cakap orang Melayu dulu-dulu cepat contented la, pemalas la, tak berwawasan la, tak berpandangan jauh la. Cer cita sikit, apa perubahan besar kau dah buat untuk negara dan dunia hari ni?
Erk. Kthnxbye.
Update : Encik Fudye said he didn't remember ever saying that -.-'' so we went through thisconversation. Again. He came up with a kinder more plausible answer me think. Katanya orang Melayu seni dia halus, so lagi senang untuk diinterpret kan ke dalam seni ukiran kayu. Kemahiran tu dah lama ada dalam masyarakat Melayu so maybe over the generations their focus on perfecting the skills in carpentry kinda overshadow the need for the expertise in masonry. Sounds logical. Too bad wood is not fire-resistant or else we would have been able to appreciate the remnants of our once legendary kesultanan Melaka's civilization.
2 comments:
jera!!aku pon nk g machu picchu!one of the places i wanna go slain north korea lol kwn dosche aku pnh citer psl trip die pegi machu picchu.wlpn mse tu phm sket2 bnde die ckp mmg best la ble dgr die citer.n kagum gaklah sbb die pegi sorg.pompuan plak tu.haha
ok.nice post!bye~ :D
eh seronoknya! dia bleh ckp spanish kot tu yg boleh pergi tu? nk pi jgk!
Post a Comment